Selasa, 11 Oktober 2011

Perubahan Satu Cabaran

Seawalnya pagi, cuaca baik saja ditambah pula kedinginan. Semalam hujan dan pagi ini cuaca diselaputi kabus menyelimuti ruang-ruang di negeri yang aman damai ini.

Kali ini sekadar ingin berkongsi satu perkara iaitu bagaimana cara ingin berubah menjadi lebih baik. Perubahan diri untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa itu sangat dituntut dalam agama. Kita belajar dari kitaran hidup dan pengalaman sama ada diri sendiri atau orang lain. Kita juga boleh belajar dari orang-orang yang terdahulu melalui lipatan sejarah silam. Dari situ, kita akan belajar bagaimana tidak mengulangi kesalahan yang silam.

Salah satu cara untuk berubah adalah menguasai waktu permulaan hidup. Waktu tersebut adalah waktu pagi/subuh. Di malaysia, rata-rata waktu subuh adalah dalam linkungan 5.30 - 6.15 am. Seelok-eloknya bangunlah dalam waktu itu atau lebih awal dan jadilah waktu masuk subuh sebagai garis panduan masa kita. Selepas itu, untuk mendapat keberkatan hidup, rajin-rajinlah solat subuh berjemaah di masjid. Tiada yang lebih baik dari seluruh isi dunia jika kita mampu melaksanakannya.

" Subuh itu waktu barakah"


14 Zulhijjah 1432


.